kerja kursus pengangkutan awam geografi tingkatan 3 2013

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

Dapatan Kajian merangkumi konsep, jenis pengangkutan awam, kepentingan, masalah dan cadangan mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian calon.

Laporan dapatan kajian calon mestilah dikaitkan dengan kaedah kajian. Saya berikan dua contoh yang dihitamkan dalam bahagian-bahagian berikut.

8.1 Konsep Pengangkutan Awam hendaklah ditakrifkan dengan lengkap dan disertakan contoh yang relevan. Anda boleh merujuk internet ( contoh: Wikipedia, blog), Kamus Pelajar Bahasa Melayu, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Ensaiklopedia di perpustakaan sekolah anda serta buku-buku teks yang berkaitan.

Carian di Google: taip definisi / konsep pengangkutan awam. Anda akan dapat antaranya ialah:
1) Wikipedia
2) Blog dan blog ini dan blog ini
3) laman web 1Klik

Anda juga boleh mendapatkan maksud pengangkutan awam dalam Kamus Pelajar Bahasa Melayu. Ini sumber bukan internet dan ini adalah satu jenis rujukan selain internet. (Ingat, anda perlu 3 rujukan. Biasanya, jenis rujukan ialah Kamus, Internet dan Orang Sumber)

Bila anda menulis tentang konsep pengangkutan awam, mulakan dengan “Berdasarkan Kamus Pelajar Bahasa Melayu / Wikipedia, pengangkutan awam ialah………………………”. Takrif pengangkutan awam boleh ditulis dalam beberapa ayat. Nyatakan contoh-contoh pengangkutan awam seperti bas awam, kereta api, LRT, KTM komuter, ERL, kapal terbang, kapal penumpang, feri, bot penambang dan sebagainya. KTM komuter mengenakan sejumlah tambang yang tertentu antara laluannya dari Rawang ke Seremban kepada orang ramai yang menaikinya.

Umumnya: Pengangkutan awam: pengangkutan darat, laut dan udara-mengangkut orang ramai dan barangan-bukan kenderaan sendiri-disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta-mempunyai kadar tambang tertentu-mempunyai laluan tertentu

8.2 Jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda hendaklah diterangkan dengan jelas beserta contoh.Huraikan satu atau lebih, jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian anda sahaja. Contohnya, huraikan pengangkutan bas awam, KTM komuter, teksi, van sewa di kawasan kajian Taman Bukit Maluri sahaja dan bukan di seluruh Kuala Lumpur. Kalau kawasan kajian anda tidak terdapat pengangkutan LRT, anda jangan huraikannya.

Bila anda menulis tentang jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda, mulakan dengan, “Daripada pemerhatianyang saya jalankan di kawasan kajian saya, terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang digunakan iaitu ………………………………..”. Huraikan ciri-ciri satu jenis atau lebih pengangkutan awam.
* Bas Awam: Nama bas (tertulis pada badan bas awam, ok?). Kekerapan (setiap x minit). Masa perkhidmatan paling awal dan paling akhir. Jalan-jalan utama yang dilalui. (Tandakan laluan bas awam pada peta kawasan kajian. Boleh bina jadual perjalanan sebagai satu bahan grafik). Tambang perjalanan.
* KTM Komuter: Lokasi stesen KTM berhampiran kawasan kajian. (Tandakan lokasinya peta kawasan kajian anda). Jenis laluan ie Rawang-Seremban. Kekerapan ie setiap 15 minit / 30 minit. Masa mula dan masa terakhir.  (Boleh bina jadual perjalanan sebagai satu bahan grafik). Tambang perjalanan.  Tempat letak kereta.
* Teksi: Lokasi stesen teksi / atau tempat teksi menunggu penumpang di kawasan kajian. Tambang teksi dari kawasan kajian ke tempat lain atau dari tempat lain ke kawasan kajian.

8.3 Kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian. Huraikan 4 kepentingan pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian anda sahaja. Maklumat boleh diperolehi melalui pemerhatian, soal-selidik daninternet (Terdapat banyak maklumat di internet). Antara kepentingannya:

•    Mengangkut barangan                                     •    Sumber 
pendapatan
•    Mengurangkan kesesakan                               •    Peluang 
pekerjaan
•    Ketersampaian                                                 •    Kemajuan 
industri 
sokongan
•    Mengangkut 
penumpang                                 •    Meningkatkan 
mobiliti 
penduduk
•    Pelancongan                                                    •    Menjimatkan 
masa
•    Perdagangan                                                    •    Menjimatkan kos

Saya memberikan poin-poin untuk beberapa kepentingan sahaja. Anda kembangkan poin-poin tersebut. Anda juga boleh menambah poin-poin anda sendiri dengan bimbingan guru-guru anda.

*Mengurangkan  kesesakan lalulintas : penggunaan bas awam, KTM komuter, LRT dsbnya –      penumpang tidak menggunakan kereta sendiri-mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya-
* Mengangkut penumpang: Bas awam, KTM komuter, LRT, ERL dsbnya.
* Mengangkut barangan: Lori, kereta api, kapal-barangan pukal / berat / banyak
* Meningkatkan mobiliti penduduk : Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari suatu tmpat ke tempat yang lain dengan mudah.
* Menjimatkan masa: Kereta api elektrik lebih laju/lebih cepat- boleh sampai tepat pada masa-KTM komuter, LRT, ERL, Monorail tidak berkongsi laluan dengan pengangkutan lain-tiada kesesakan lalu-lintas
* Menjimatkan kos: Kos menaiki bas awam atau kereta api elektrik lebih murah berbanding menaiki kereta sendiri – tidak perlu bayar tempat letak kereta – tidak perlu bayar tol – menjimatkan perbelanjaan rumah
* Peluang pekerjaan: mewujudkan pekerjaan seperti pemandu teksi, pemandu bas, penjual tiket dsb-meningkatkan taraf hidup penduduk.
* Pelancongan: Sistem pengangkutan awam yang dirancang dengan baik memudahkan pelancong bergerak dari suatu tempat menarik ke tempat menarik yang lain. ie. Putrajaya. Beca-pengangkutan awal-P.Pinang dan Melaka-membawa pelancong di sekitar bandar.

Setelah anda menghuraikan 4 kepentingan, tulis nilai murni atau unsur patriotisme yang dipupuk untuk mendapat markah penuh.
Nilai murni ialah semua nilai yang anda belajar dalam pendidikan moral.
Unsur patriotisme ialah seperti berbangga, bersyukur, mencintai negara..
Contohnya, ‘saya bersyukur pengangkutan awam di kawasan kajian saya telah memberi banyak faedah dari segi mobiliti, kos dan masa kepada penduduk setempat.’ atau ‘Penduduk di kawasan kajian bersyukur kerana kemudahan kereta api elektrik disediakan berhampiran dengan tempat tinggal mereka…’ Siapa yang bersyukur? Anda pelajar, penduduk kawasan kajian dan pengguna pengangkutan awam, pemandu kenderaan..

8.4 Masalah Perkembangan Pengangkutan di Kawasan Kajian. Huraikan 5 masalah diikuti penerapan nilai murni atau unsur patriotisme.
Bagaimana mengetahui masalah-masalah di kawasan kajian anda? Melalui kaedah pemerhatian, temubual atau soal selidik. Melalui pemerhatian: Bagi yang selalu menaiki pengangkutan awam di kawasan kajian, mungkin dapat memerhatikan masalah-masalah seperti pencemaran udara dan bunyi, kesesakan lalu lintas, keselamatan anda terancam, lambat sampai dan lain-lain. Temubual ibu bapa, jiran-jiran, guru-guru atau penumpang-penumpang yang menaiki pengangkutan awam di kawasan kajian (kalau anda berani dan tidak segan. Alaa, 3 orang sahaja).  Ataupun, kalau malas bercakap, buat borang soal-selidik dengan bimbingan guru anda dan edarkan kepada 20 orang responden. Apakah masalah paling kerap ‘ditanda’ dalam borang tersebut? Anda boleh bina jadual dan graf hasil maklumat yang diperolehi dari borang soal selidik.

Saya akan bagi poin-poin dan anda mesti belajar mengembangkan poin-poin tersebut seperti membuat karangan B. Melayu atau B. Inggeris. Ini adalah kemahiran yang anda mesti asah semasa menulis laporan KKG. Saya tidak mahu berikan contoh karangan yang lengkap sebab saya tidak mahu anda tiru bulat-bulat. Ada pelajar dengan mudah ‘copy-paste’ semua seperti yang pernah dibuat sebilangan pelajar-pelajar saya.

• Pencemaran udara: Penyelenggaran bas, teksi, lori kurang baik-keluarkan asap kotor
• Pencemaran bunyi: bunyi yang dikeluarkan oleh kereta api (yang melalui kawasan kediaman), kapal terbang (kawasan berhampiran apabila berlepas atau ingin mendarat), bot penambang
• Pencemaran air: Kapal, bot penambang
• Kesesakan lalu lintas: Tempat letak kereta tidak cukup di stesen KTM komuter, LRT-kereta  diletakkan sesuka hati di bahu/tepi jalan-laluan sempit
• Tambang mahal: tambang teksi tidak guna meter-pemandu teksi kenakan tambang sesuka hati-lebih mahal terutama pada pelancong. tambang LRT mahal-tidak boleh selalu digunakan-hanya bila perlu sahaja
• Kemalangan-sikap pemandu kurang berhati-hati, mengantuk semasa memandu, memandu secara merbahaya
• Jangkamasa lama: Perjalanan bas lama-’Bas henti-henti”-bas sesak macam sardin-penumpang menunggu lama. Bas atau kereta api lewat.  Penukaran dari KTM-LRT-sukar-tiada sistem tiket bersepadu-barisan membeli tiket panjang-perjalanan terganggu/tidak cepat.
• Keselamatan penumpang 
terancam: pemandu bas atau teksi memandu secara merbahaya. Kes jenayah-rompak, rogol, bunuh (seperti dalam akhbar)-bas berhenti di tempat kurang selamat – lokasi stesen LRT jauh dari kawasan perumahan
• Penipuan:
• Darjah 
ketersampaian rendah: LRT, KTM komuter, monorel-laluan tertentu-tidak meliputi semua kawasan. Kapal terbang hanya terbang ke destinasi-destinasi tertentu sahaja.
• Kos bahan api 
meningkat: tambang meningkat
• Kenderaan lama: tidak selesa-panas-asap banyak-rosak-penumpang lambat sampai ke destinasi
Nilai atau unsur patriotisme jangan dilupa. Boleh diselit di mana-mana. Antara contoh paling mudah. Nilai bertanggung jawab oleh pemandu pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu.

Huraikan poin-poin yang berkaitan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian sahaja.  Anda boleh mencari dan mendapat maklumat lebih cepat di internet dengan menaip ‘ masalah pengangkutan awam, pengangkutan awam dan pencemaran atau pengangkutan dan kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam dan kemalangan, dan sebagainya’. Memang banyak bantuan seperti Dewan Masyarakat Ogos 2012….. Blog BMBM……Utusan.com.

Akan bersambung lagi…….

Thank you for reading and visit me again.

About these ads

3 thoughts on “kerja kursus pengangkutan awam geografi tingkatan 3 2013

  1. u this asshole copy from others… useless

  2. Isya Polai says:

    Tiada masalah anda copy paste tetapi diharap anda memberi kredit pada the original blog yea? terima kasih..:))

  3. tak dapat jwpn larq..lms nk cek ni pulak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s